Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya :
·
Doa wanita
lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia.”
·
Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000
orang lelaki yang tidak soleh.
·
Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70
orang wali.
·
Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70
lelaki soleh.
·
Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana
takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
·
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyenangkan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail AS.
·
Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan
apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon
ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan
AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati
syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
·
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
·
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
·
Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
·
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
·
Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
·
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
·
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan
di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya.
(serta menjaga sembahyang dan puasanya)
·
‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab
baginda, “Suaminya”. “Siapa pula
berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
·
Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib
sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka
pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
·
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari
suaminya (10,000 tahun).
·
Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
·
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
·
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
·
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada malam hari.
·
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah SWT.
·
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
·
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
·
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
·
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu
yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.
·
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
·
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
·
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
·
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua
ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu derajat untuknya.
·
Seorang wanita yang solehah lebih baik dari
seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya
selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan
baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa
dihisab.
·
Wanita yang menunggu suaminya hingga pulang,
lalu ia bersihkan mukanya, lalu dia menyediakan makan minumnya, memandang pada
suaminya dengan mesra, memegang tangannya, lalu menghiasi hidangan makanannya,
memelihara anaknya, memanfaatkan hartanya untuk suaminya mencari keridhaan
Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap
langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang
wanita mukmin semuanya atas karunia rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai
ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
·
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang
isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
·
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah
dengan penuh rahmat.
·
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
·
Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
·
Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
·
Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran
api neraka.
·
Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari
Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya.
Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita
sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka
diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta
telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana
memuliakan dan menghormati suaminya).
·
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW.
keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita
dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?”
Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah
dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah
kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
·
Wanita yang memerah susu binatang dengan
“Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
·
Wanita yang menguli tepung gandum dengan
“Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
·
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
·
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya
dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
·
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal
benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang
yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
·
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas
untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
·
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal
benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000
orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
·
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan
memandikan anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak
helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
·
Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat
kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan
Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman
dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka
dan selamatlah ia melintas Titian Shirat. ‘
·
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah
akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
·
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
·
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
·
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
·
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah
cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas
kahwin).
·
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang
apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau
memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian
dijaga harta engkau dan dirinya.
·
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita
solehah.
·
Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah
memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki.
Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan
mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu
(iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan
menerima ganjaran seorang syahid”.
·
Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan
70 wali.
·
Isteri yang membuatkan minum suami tanpa
diminta, pahalanya 3 x khatam Al Qur’an.
·
Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan
dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang
memakan masakannya menjadi do’a yang diijabah.
·
Isteri yang membangunkan suami untuk shalat atau
menyuruh shalat berjamaah di masjid pahalanya 27+1.
·
Isteri yang kelelahan bangun malam karena
anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur.
·
Seorang ibu yang menyusui setiap tetes susunya
senilai 200 8 shalat khusu wal khudu dan doanya di ijabah’ (fadilah wanita)
·
Burung di udara dan malaikat dilangit akan
selalu memintakan ampunan kepada Allah selama. Isteri dalam keridhaan suami”,
·
“bila seorang suami pulang dengan gelisah dan
isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad”,
·
“bila seorang wanita hamil shalatnya dua rekaat
adalah lebih baik dari 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil”,
·
“bila seorang wanita hamil akan mendapatkan
pahala 70 tahun shalat nafil dan 70 tahun puasa”
·
“wanita yang mencuci pakaian suami dan
anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan
segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT
mengangkat derajatnya 1000 tingkat”.
·
“Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap
tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun
menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA WAJIB BAGINYA”.
·
Apabila sorang wanita kdatangan haid maka
haidnya akan menghapus dosa2nya
·
Apabila ia membaca pd hr pertama “Alhamdulilahi ala kullu halin wa
astagfirullaha min kulli dzambi” mk ALLAH akn membebaskannya dr jahanam, shirat
& adzab.
·
Setiap hr haidnya ALLAH tinggikan dia dng phla
40 org mati syahid apabila ia berdzikir.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar